Monday 31 December 2012

~~~~2O13~~~~~

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013......SELAMAT TINGGAL TAHUN 2012

 SEMOGA TAHUN 2013 LEBIH BAIK DARI TAHUN 2012.....MUDAH-MUDAHAN

MASA BERLALU,UMUR KIAN MENINGKAT....DIHARAPKAN AMAL IBADAH JUGA BERTAMBAH

 SEMATKAN AZAM BARU DALAM DIRI SEMUA..INSYAALLAH MOGA TERCAPAI

Saturday 29 December 2012

!seLAmaT taHUn BAru!

Jiwa akan sepi tanpa teman
Hati akan mati tanpa iman
Hari ini adalah kenyataan,
Semalam adalah kenangan
Esok adalah impian
Sucikan hati jernihkan fikiran
Semoga 2013 terlaksana impian

Masa lalu adalah sejarah, 
hari ini adalah goresan, 
hari esok adalah harapan. 
Selamat datang tahun baru 2013. 
Seiring dengan perginya kenangan, 
menyambut harapan. 
Selamat tinggal kenangan, 
selamat datang harapan.

Tahun baru bakal menjelma
sematkan azam dihati semua
agar mendatang dipermudah segalanya
menjadi insan lebih berjaya



Wednesday 26 December 2012

~..aNdAi lElAkI tAhU..~

Andai lelaki tahu 
Dalam hati seorang perempuan 
Ada naluri untuk disayangi 
Ada rasa untuk diberi perhatian 
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya 
Ada waktu waktu minta ditemani kesedihannya. 

Andai lelaki tahu Rajuk seorang perempuan minta dipujuk 
Marah seorang perempuan minta didekati 
Sedih seorang perempuan minta didengari 
Gembira seorang perempuan minta dikongsi. 

Andai lelaki tahu 
Disebalik seribu satu rasa itu 
Ada hati yang lembut 
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh 
Bukan pula untuk dimanjai 
Tapi sedikit berilah perhatian 
Agar kasih itu terasa wujud 
Walau kadang jarak berjauhan. 

Andai lelaki tahu 
Hati itu akan selalu bertanya 
Pada diri seorang perempuan 
Wujudkan cinta itu dihati lelaki 
Bila saat jauh tanpa kabar berita. 
Sebagaimana mekarnya cinta itu 
Tetap dihati seorang perempuan 

BIARPUN OMBAK ITU KERAS MENGHEMPAS Takan sesekali PANTAI ITU BERUBAH.

Friday 21 December 2012

NASIHAT KUBUR

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. 

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 

 6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 

 7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Monday 17 December 2012

~jOm cHeCk kUiH mAnA PaLiNg PoPuLaR~

Kuih paling gangster = Lompat Tikam 
Kuih paling sexy = Puteri Mandi 
Kuih paling keji = Taik Itik 
Kuih bajet cute = Cek mek molek 
Kuih untuk awet muda = Seri Muka 
kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit 
kuih org x mandi = BAU-LU 
kuih paling tenteram - kuih makmur 
kuih paling banyak = kueh mueh 
Kuih paling lembap = Kuih Siput 
Kuih paling kaya = Jala Emas 
Kuih paling jauh = Kuih Bulan 
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk 
Kuih paling alim= Kuih Ketayap 
Kuih suka pukul= Kuih Lompang 
Kuih dalam zoo= Badak Berendam 
kuih yg pekak, kena sebut dua kali...ondeh ondeh dan epok epok 
kuih yg kena sediakan insect killer seblum makan....sarang semut 
kuih bajet ada kelas....almond london


HAA..MACAM NER?...KALAU KORANG ADA LAGI JENIS KUIH YANG TAK DISENARAIKAN KAT ATAS NI SILA CATATKAN.JANGAN MALU-MALU ERK..
HUHU..SEKADAR MERAPU MEREPEK.. 

Sunday 16 December 2012

**Tips Penjagaan Handphone Dan SeangkatanNya**

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual.. 

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawa b & sanggup menikahinya.. 

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga.. 

 4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.. 

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda.. 

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin.. 

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya.. 

 8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda.. 

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang). 

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.

setelah anda baca entry ini renung-renungkanlah yer...sekadar berjenaka..bak kata orang tua-tua yang baik ambil jadikan tauladan yang buruk biarlah jadikanlah sempadan..tak gitu..

Saturday 15 December 2012

~SeKeTiKa KiTa mUhAsAbAh DiRi~

Mari kita renung sejenak tentang orang yang dahulu merawat kita semenjak kita masih kecil,orang yang dahulu mempersiapkan makan pakai kita,orang yang dahulu selalu ada disaat kita memerlukan...siapa orang itu?mereka adalah kedua orang tua kita.Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya redha allah bergantung pada ibu dan bapa kita dan murka allah bergantung pada murka kedua ibu bapa kita...jadi dengan itu sepatutunya kita mencurahkan kasih sayang kepada mereka setelah mereka tua..
Mereka tidak mengharap wang ringgit malahan harta yang bertimbun.cukuplah kasih sayang daripada seorang anak..setelah mereka tiada mesti sesuatu yang mereka mahukan dari zuriat yang dikandung iaitu sepotong doa buat mereka disana.
Teringat dahulu kasih sayang dan kesabaran ibu,tidak mungkin kita lupa ketika dahulu kita berada dalam kandungan ibu selama 9 bulan.kemana-mana ibu pergi tanpa pernah mengeluh bahkan sering kali dia membelai perutnya.Dia katakan ya allah apabila lahir jadikan anak ini anak yang soleh,anak yang solehah.Dan ketika kelahiran kita tiba,ibu mengerang kesakitan.Ibu berjuang bersimbah darah dan dia berkata ya allah sakit ya allah...dan ketika kita dilahirkan,ibu tidak langsung menghiraukan dirinya.Dia lihat diri kita,dia pegang diri kita lalu bertanya kepada doktor..Bagaimana anak saya doktor?apakah dia lahir dengan sihat?dia kira jari jemari kita satu persatu dan kemudian dia mengatakan syukur ya allah engkau berikan anak yang sihat ya allah.
Dan ketika malam tiba,kita menangis ibu datang kepada kita mengapa kau menangis nak mari sini ibu pelukmu,ibu susukanmu nak.begitu besar pengorbanan seorang ibu.Diajar kita berkata-kata,diajar kita berjalan lalu kita tumbuh menjadi anak-anak,kita tumbuh menjadi orang dewasa.
Namun bayangkan ketika kita dewasa,kata-kata kasar apa yang kita ucapkan kepada ayah dan ibu kita,perbuatan apa yang membuat hatinya terluka?Dan sekarang kita sudah memiliki pekerjaan,kita sudah memiliki anak,suami atau isteri dan memiliki segalanya.setelah itu ibu yang sudah tua sudah uzur berkata,nak jenguk ibu jenguk ayah lalu kita membalas,aku ini sibuk aku hantarkan saja wang untuk ayah dan ibu tapi jangan ganggu aku.
Mana kesedaran kita?setelah mereka tersangat tua dan tak berdaya kita hantar mereka ke rumah kebajikan kita tinggalkan mereka bersendirian di sana.sedangkan dulu mereka merawat kita tanpa memperdulikan diri mereka sendiri demi kasihnya kepada anaknya..PATUTUKAH KITA LAKUKAN ITU?
Sekarang marilah sementara masih ada kesempatan jika ayah dan ibu kita masih ada,kita jaga dan rawat mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka merawat kita suatu ketika dulu.Andaikan mereka sudah tiada di muka bumi ini sekarang marilah kita sedekahkan doa yang melimpah agar mereka tenang di alam sana.

DAN KAMI WAJIBKAN MANUSIA BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPANYA,IBUNYA TELAH MENGANDUNGNYA DENGAN MENANGGUNG KELEMAHAN DEMI KELEMAHAN,DAN TEMPOH MENCERAIKAN SUSUNYA ADALAH DALAM MASA DUA TAHUN BERSYUKURLAH KEPADAKU DAN KEPADA KEDUA IBU BAPAMU,KEPADA AKULAH JUA TEMPAT KEMBALI.
SURAH LUKMAN
AYAT 14.


Friday 14 December 2012

APAKAH MENU PILIHAN RASULULLAH S.A.W?

Jom kita semak:

1- Kurma dan air kosong. 

2-Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)

 3- Roti yang dimakan dengan cuka. 

4- Roti dengan minyak zaitun.

5- Roti dengan keju.

 6- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum. 

7-Roti dengan kurma.

 8-Kurma dengan mentega. 

9-7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan waktu pagi) 

10-Kurma dan tembikai 

11-Timun dan kurma Menu

 -menu yang disenaraikan di atas memperlihatkan kesederhanaan Rasulullah dan betapa sihatnya hidangan Baginda. Baginda menjana tenaga melalui makanan tersebut untuk tujuan ketaatan kepada Allah.

Tuesday 11 December 2012

LiRiK lAgU yAnG mEnDaLaM mAkNaNyA..

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

memang mendalam makna disebalik lagu nie...ntah kenapa bila dengar jer rasa cam nak berlinang jer air mata nie..betul la kita ni sebagai manusia dekat muka bumi nie kekadang lalai dengan kehidupan dan harta dunia yang dah terang-terang kita tahu cuma sementara kan...ajal tak sapa tahu,buat pe kita nak bangga dengan semua apa yang kita ada kat dunia ni..bila kita meninggal nanti amal dan takwa juga la peneman kita.kalau kita tak de semua tu macam mana la nasib kita nanti?hMMMM....
 
 

 

Sunday 9 December 2012

KEBAIKAN SUSU KAMBING

Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi susu kedua terbaik selepas susu ibu ialah susu kambing.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa: :D


Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
Proses pencernaan susu kambing hanya 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
Protein 2.1 kali ganda
Kalsium 2.2 kali ganda
Zat Besi 2.0 kali ganda
Potasium 2.1 kali ganda
Vitamin A 3.8 kali ganda
Garam Galian 2.0 kali ganda
Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
jom lah ramai-ramai kita amalkan
minum susu kambing nie.
bagus untuk kesihatan
terutama ibu mengandung.
belum cuba belum tahu..












Saturday 8 December 2012

~MENCARI KEBAHAGIAAN~

TERDAMPAR AKU KESEORANGAN DI SEBUAH PONDOK USANG
MENANTI HADIRNYA TIUPAN ANGIN BAYU 
AGAR BISA MENIUP KEDALAM JIWA SANUBARIKU
AGAR AKU BISA TENANG UNTUK MENJALANI HIDUP
DI ALAM YANG PENUH PANCAROBA

PENGALAMAN MENGAJAR AKU
ERTI SEBUAH KEHIDUPAN
ERTI KEDEWASAAN
ERTI KASIH SAYANG
DAN KEIKHLASAN SEBENAR

SUKA DUKA DATANG SILIH BERGANTI
MENINGGALKAN PELBAGAI MEMORI
SESEKALI TERMENUNG AKU MEMIKIRKAN
MASA DEPAN..
MUNGKINKAH HARI ESOK
SECERAH HARI INI 
ATAUKAH LEBIH GEMERLAPAN
SECERAH BINTANG DILANGIT

MUNGKINKAH JUA KEBAHAGIAAN
AKAN DATANG BERTAMU
DALAM JIWA SANUBARIKU
YANG KIAN MENYEPI

CORETAN INSAN SEPI

HIDUP INI TAK SEPERTI YANG KITA HARAPKAN.KETIKA KITA MENCARI BAHAGIA IA SEMAKIN JAUH MENINGGALKAN KITA,TIKA KITA INGIN MELUPAKAN KEDUKAAN IA SEOLAH-OLAH SEMAKIN KERAP MENGEKORI.
SIAPA KITA UNTUK MENOLAK SETIAP YANG DITENTUKAN-NYA?
SIAPA KITA UNTUK BERASA LEBIH KUAT DARIPADA-NYA?
ADA WAKTU-WAKTUNYA AKU SEPERTI TIDAK PERCAYA MELALUI SAAT MELUKAKAN ITU.MENGENALIMU MERUPAKAN KENANGAN PAHIT DALAM HIDUPKU,NAMUN DISISI LAIN AKU MELIHATNYA SEBAGAI SAAT TERINDAH YANG TAK MUNGKIN DAPAT AKU TEMUI LAGI SAMPAI KAPAN PON...

Friday 7 December 2012

SaLaM PeRkEnAlAn

ASSALAMMUALAIKUM...
INI BLOG PERTAMAKU DAN INI JUGA POSTING PERTAMAKU...SALAM PERKENALAN TIRAI DIBUKA MNJENGAH BICARA UNTAIAN KATA TERDETIK DIHATI INGIN BERBLOGER SEKADAR BERSUKA MEMENUHKAN WAKTU ...
ENTAH MENGAPA KURASAKAN HIDUPKU SEPI...KADANG2 AKU CEMBURU MELIHAT KEHIDUPAN ORANG LAIN YANG PENUH WARNA WARNI..HIDUP TANPA ARAH TUJUAN MEMANG MEMBOSANKAN..TAPI AKU KINI BENAR-BENAR TERSEPIT DENGAN KEADAAN.
BIARLAH MASA YANG TENTUKAN SEGALANYA....
ANDAI SUATU HARI NANTI KESEPIAN INI DAPAT DITUKAR DENGAN KEBAHAGAIAN AKU PASTI AKAN TUNGGU DETIK ITU...BERSABARLAH WAHAI HATI MUNGKIN INI TAKDIR BAGI KITA...SEHARUSNYA KITA SEDAR YANG KITA SEKRANG BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA DAN BUKANNYA DI ALAM FANTASI...SEJAK AZALI LAGI KEHIDUPAN PASTI ADA ONAK DAN DURINYA YANG PENTING KUATKAN SEMANGAT TEMPUH SEGALA YANG MENDATANG..KESEPIAN PASTI ADA TAPI YANG PASTI BUKAN UNTUK SELAMANYA DISUATU HARI NANTI PASTI TERSELIT SEKELUMIT KECERIAAN DAN KEBAHAGIAAN...